Mengenali Kelantan Gold Trade

MENGENALI KELANTAN GOLD TRADE

Kelantan Gold Trade Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Syarikat ini ditubuhkan pada 23 Oktober 2008 bagi menerokai industri Mineral berkaitan Emas & Perak di Kelantan. Matlamat dan tanggungjawab utama pada awal penubuhannya adalah memperkenalkan Dinar & Dirham Kerajaan Negeri Kelantan dengan tujuan mengembalikan fungsi emas dan perak sebagai sistem matawang Sunnah kepada masyarakat

Cetusan idea Almarhum YAB Dato` Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat ini adalah bertujuan memastikan agar rakyat Kelantan khususnya dapat menyimpan emas dan menggunakan dalam kehidupan harian. Kerajaan Negeri Kelantan juga merupakan satu-satu Kerajaan Negeri yang mengeluarkan Syiling Emas & Syiling Perak pada ketika itu sebagai satu inisiatif memartabatkan dan memajukan penggunaan dinar dan dirham bukan sahaja sebagai simpanan & pelabur malah lebih kepada teras muamalat serta Mahar perkahwinan dan Zakat.

Objektif operasi dan perkhidmatan KGT adalah bagi mendedahkan keupayaan Dinar & Dirham sebagai satu segmentasi ekonomi dan dapat memberi pulangan dan manfaat kepada masyarakat/pelanggan. Jesteru, KGT selain bertindak sebagai pengeluar dan pengedar syiling Dinar & Dirham, KGT juga menjalankan kajian, memberi pendidikan & penerangan berkaitan keupayaan Dinar & Dirham untuk manfaat masyarakat/pelanggan dari sudut simpanan, muamalat, potensi pendapatan dan pelaburan jangka masa panjang.

Dapatkan Produk anda di:
Jadikan Dinar Emas sebagai simpanan Utama anda.
D&D SHOP