Pengurus

Kepada Allah kita berserah akan kebaikan dan ujian dalam kehidupan.
Bismillahirrahmanarrahim. Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam, Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim

Wan Muhammad Najahuddin Wan Fuad

Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah.

Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih”

surah at taubah –ayat 34

Pertamanya, saya mewakili Kelantan Gold Trade Sdn Bhd mengalu-alukan semua pelanggan kami yang dikasihi serta pelayar-pelayar laman sesawang untuk mengunjungi laman sesawang KGT. Alhamdulilah laman sesawang KGT yang berwajah baru ini diharapkan dapat memberi kemudahan kepada pelanggan KGT yang dihormati untuk menjadi sebahagian daripada kami melalui program-program yang disediakan.

Pelanggan yang dihormati,

Dinar & Dirham pada dahulunya banyak diperkatakan sebagai alat tukaran nilai. Ini kerana sifat emas dan perak dalam Dinar & Dirham tersebut mengukuhkan fungsinya sebagai alat transaksi. Walaubagaimanapun, pada dunia moden hari ini, Emas & Perak banyak dikaitkan dengan pelaburan. Peningkatan nilai emas agak ketara dengan kenaikan melebihi 100% dalam tempoh 10 tahun. Oleh yang demikian, Kelantan Gold Trade ingin berkongsi dengan anda semua manfaat emas dan perak tersebut dalam bentuk Dinar & Dirham. Dinar & Dirham Kelantan ini dikeluarkan pada tahun 2008 dan sehingga kini masih beroperasi dan meningkatkan perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Pelanggan yang dihormati,

Laman sesawang ini dilengkapi kemudahan seperti pendaftaran untuk membuat pembelian atas talian, kalkulator zakat dan tabungan bagi penukaran dirham kepada produk emas dan informasi syarikat. Selain itu terdapat informasi pendidikan berbentuk artikel, komik dan video-video yang dapat membantu anda memahami dunia Dinar & Dirham serta kegunaannya.Terdapat juga perkhidmatan untuk menambah pendapatan melalui program Wakalah & Saudagar. Anda semua dijemput menyertai program tersebut dan dapatkan maklumat berkenaan dalam portal rangkaian di dalam laman sesawang ini.

Oleh yang demikian, saya ucapkan selamat melayari laman sesawang ini dan semoga anda semua menjadi sebahagian keluarga besar KGT.

The land of Dinar & Dirham
Pengurus Kelantan Gold Trade Sdn Bhd