Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan memastikan penyampaian produk dan perkhidmatan yang terbaik dalam memenuhi kepuasan pelanggan dan menjaga kepentingan pemegang taruh KGT seperti berikut:

Piagam Pelanggan

Khidmat Nasihat

Memberi khidmat nasihat dan penerangan kepada pelanggan di kaunter tidak melebihi 20 minit setiap pelanggan

Resit Pembelian

Mengeluarkan resit bagi setiap urusan pembayaran yang dilakukan di kaunter bayaran tidak melebihi 15 minit.

Aduan Pelanggan

Menguruskan penyelesaian terhadap aduan pelanggan:

    • Mudah = tidak melebihi 5 hari
    • Sederhana = tidak melebihi 15 hari
    • Sukar = tidak melebihi 365 hari

Dokumen

Menguruskan proses penyediaan dokumen usaha sama dalam tempoh 31 hari berkerja.

Wakalah / Saudagar

Menguruskan proses pendaftaran wakalah & saudagar tidak melebihi 7 hari bekerja dari tarikh penyerahan permohonan.

Pembelian Balik

Menguruskan permohonan pembelian balik produk dan tukaran produk dalam tempoh 14 hari bekerja

Kewajipan Pelanggan

Bagi memastikan pihak Kelantan Gold Trade dapat melaksanakan piagam pelanggan dengan berkesan, pelanggan hendaklah memenuhi dan mematuhi syarat-syarat berikut:

  • Menyediakan dokumen yang lengkap dan tepat semasa berurusan
  • Menepati dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan
  • Bersikap rasional semasa membuat urusan dan aduan