Prinsip - Prinsip Perniagaan

Kejujuran

Kejujuran merupakan nilai penting dalam perniagaan kami . KGT akan memastikan kesemua urusniaga, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan memenuhi dan mematuhi aspek perundangan dan kawalan shariah.

Ketelusan

KGT sentiasa mementingkan ketelusan dalam perniagaan kami. KGT akan memperkasakan dan memastikan tadbir urus korporat yang baik bagi menjaga kepentingan pemegang taruh syarikat.

Kecekapan

KGT sedaya upaya berusaha memastikan produk dan perkhidmatan KGT menetapi keperluan semasa pelanggan bagi memberikan perkhidmatan yang cekap dan terbaik.

Keadilan

KGT sedaya upaya akan memastikan prinsip keadilan dalam memastikan urusniaga dalam keadaan baik dan teratur bagi mencapai objektif pemegang taruh dan pelanggan.

Ketepatan

KGT sedaya upaya akan menjamin semua produk – produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam kualiti yang tinggi dan memenuhi ketepatan spesifikasi yang telah ditetapkan. Sentiasa memastikan semua perkhidmatan berkaitan simpanan adalah tepat dan direkod dengan sempurna.

[bold_timeline_item_button title=”Expand” style=”” shape=”” color=”” size=”inline” url=”#” el_class=”bold_timeline_group_button”]